Followers

Saturday, March 19, 2011

MALAS!!!!!!

Ya allah, jauhila sifat malas ni... isnin ni dh start kj.. tuhan jek yg th betapa malasnyer ina nk kj. sedey la nk tinggal eyshan, walaupn ibu sendiri yg jg... lgpn sbb dh lm cuti kn.. ape kate klu ina resign???? hahahha best tuh... tp klu resign nk wat ape? berniaga n menjahit?????? ok jgk kn... angan2 jek.... x kj x dop duit, x dop duit x leh sopingggggg. wakakakka, tuh yg sebenornyer.......

Tuesday, March 15, 2011

MAJLIS CUKUR JAMBUL N AKIKAH 12032011


Alhamdulillah, selesai sdh kikah n cukur jambul Eyshan pd 12032011. majlis ni wat skali ngan anak sedara ina, br 2 bln, qisya. ramai jgk org dtg, smpi mlm..letih betul. tp seronok taw, ye la, majlis utk anak sendirikn.majlis start kul 12 tghri... nasib baik hjn x lebat sgt.... time kasih pd sme yg dtg ke majlis ina... ok la . kite lyn pic je la....

my princess
cutestttt
eyshan n qisya
omeyyyynyerrr

kami
abah n eyshan
ina awin n acik

syg sgttt

ibu sayannggg eyshan
keluargaku
ibu n makcik eyshan

Saturday, March 5, 2011

MAKANAN MENAMBAH DAN MENGURANGKAN SUSU IBU

Antara mknn yg menambah dan mengurangkn susu ibu:

  • Makan banyak makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
  • Kurma – makan begitu sahaja atau dihancurkan sedikit dan dimasukkan ke dalam susu panas.
  • Jambu batu, betik – makan begitu sahaja.
  • Lobak putih, peria – dijadikan jus atau sup.
  • Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
  • Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
  • Klorofil
  • Chlorella
  • Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
  • Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
  • Air longan – boleh beli longan kering dari pasaraya dan direbus sehingga kembang.
{mosimage}
  • Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
  • Halba – direndam dalam air mendidih atau dimasukkan ke dalam masakan.
  • Habbatus sauda atau jintan hitam.
  • Barli – air atau bubur barli.
  • Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
  • Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
  • Jantung pisang dicelur atau masak lemak.
  • Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
  • Pucuk betik atau bunga betik jantan.
  • Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
  • Air horlicks
  • Susu dan produk tenusu
  • Teh hijau jepun
  • Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
  • Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu. 
  • Ubat homeopati.
Makanan yang perlu dielakkan
  • Herba seperti Parsli,Peppermint, Sage, Oregano,
{mosimage} {mosimage}
 
p/s: dipetik dr ratuhati

BREASTFEEDING YG BERKESAN

Apabila ibu-ibu menyusukan bayi, perhatikan tanda-tanda penyusuan ibu yang berkesan seperti berikut:
  1. Tanda penghisapan yang berkesan
    1. hisapan perlahan dan dalam
    2. nada hisapan: hisap-telan-hisap-telan
    3. dengar bunyi bayi menelan
    4. hisapan cepat dan cetek
     
  2. Kekerapan penyusuan
    1. susukan bayi dengan kerap mengikut kemahuannya, “on-demand feeding
    2. sentiasa bersama bayi supaya boleh menyusukannya dengan kerap
    3. minggu pertama – susukan bayi lebih kerap
    4. bayi yang tidur lama (lebih daripada 2-3 jam) perlu digerakkan untuk disusukan
    5. menyusu kerap pada waktu malam
    6. purata penyusuan 8-12 kali dalam 24 jam
     
  3. Tanda bayi mendapat cukup susu
    1. bayi berhenti sendiri apabila kenyang
    2. penyusuan kerap 8-12 kali dalam 24 jam
    3. kencing lebih 6 kali dalam 24 jam
    4. kekerapan membuang air besar yang normal (4-8 kali dalam 24 jam)
    5. bayi kelihatan puas, ceria dan kulit bayi sihat
    6. payudara ibu penuh sebelum menyusu dan ‘ringan’ selepas menyusu
     
  4. Memberhentikan penyusuan
    1. biar bayi melepaskan puting payudara dengan spontan
    2. payudara kedua diberi selepas bayi selesai menghisap payudara pertama
    3. berikan kedua-dua payudara secara bergilir selagi bayi hendak terus menyusu
    4. jangan alihkan bayi dari payudara selagi dia sedang menyusu kecuali untuk membetulkan pelekapan
    5. untuk memberhentikan pelekapan bayi, masukkan jari kelingking ke tepi mulut bayi untuk mengeluarkan puting payudara dari mulutnya
*this entry taken from miakidididles

Friday, March 4, 2011

KERJAYA BUKAN PENGHALANG

Berkerjaya bukan faktor penghalang anda meneruskan penyusuan ibu. Penyusuan susu ibu adalah proses yang perlu dipelajari oleh ibu dan bayi. Persediaan paling penting ialah menimba sebanyak mungkin pengetahuan. Jadi, anda mampu untuk mempraktikkan kemahiran dan teknik yang betul. Kuncinya ialah menghadiri kelas persediaan penyusuan! Berikut ialah beberapa panduan yang dapat membantu anda apabila mula kembali bekerja.

1. Buat persediaan sebelum kembali bekerja seperti mengumpul stok susu ibu perahan, melatih pengasuh memberikan susu ibu perahan selain mengajarnya melayan anak anda dan lain-lain. Anda boleh rujuk kepada laman web berikut: http:// www.breastfeeding.asn.au/bfinfo/caregivers.html untuk mendapatkan panduan untuk pengasuh menjaga bayi yang menyusu susu ibu.

2. Pastikan anda mempunyai simpanan susu ibu perahan mencukupi.

3. Usah memberi tekanan pada diri dan jangan lupa dapatkan rehat walaupun sekejap.
 
4. Pemakanan harus berkhasiat dan seimbang serta minum secukupnya.
 
5. Bangun 30 minit lebih awal dan susukan bayi walaupun dia separa tidur.
 
6. Bersarapan pagi yang baik dan susukan bayi sejurus sebelum ke tempat kerja. Ini akan melegakan keresahan untuk berpisah dengan bayi.

7.Bagi memastikan bayi tidak terlalu kenyang ketika pulang ke rumah, minta pengasuh memberi susu ibu dalam kuantiti yang sedikit sebelum anda mengambilnya. Ketika tiba di rumah, payu dara mungkin penuh dan anda bolehlah menyusukan bayi dengan segera.

8. Susukan bayi dalam 1 jam pertama setelah kembali ke rumah. Susukannya secara terus di payu dara akan memberikan anda ketenangan dan mengurangkan sebarang stres. Saya nasihatkan, urus diri dahulu, tukar pakaian, mandi dan makan sebelum menyusukan bayi kerana dia mungkin akan “memerap” dengan anda untuk seketika.

9. Dalam beberapa minggu pertama bekerja, anda mungkin perlu memerah dengan kerap. Setelah beberapa hari, payu dara akan menyesuaikan diri dengan jadual baru dan anda akan berasa lebih selesa. Anda mungkin hanya perlu memerah 2 kali ketika bekerja (10 pagi dan 2 petang atau ketika waktu makan tengah hari).

10. Jangan sesekali tidak memerah lebih daripada 3 – 4 jam. Ia boleh mengakibatkan bengkak susu. Urut perlahan sambil mengepam
agar anda lebih selesa.

11. Jika payu dara bocor secara tiba-tiba, beri tekanan pada puting menggunakan tapak tangan selama 1 minit. Melipat lengan anda di payu dara turut membantu menghentikan kebocoran. Gunakan pelapik payu dara di dalam coli untuk menyerap sebarang kebocoran, jika perlu.

12. Pastikan payu dara dikosongkan dengan efektif setiap sesi pemerahan atau penyusuan agar penghasilan susu optimum. Pengosongan payu dara yang efektif memberi signal “permintaan” yang betul kepada otak supaya lebih banyak susu dihasilkan. Penghasilan susu bergantung pada permintaan bayi, amalan dan teknik penyusuan yang betul, BUKAN kepada sebarang produk atau pemakanan tertentu. Anda tidak perlu meminum “susu khas” ataupun “produk khas” untuk menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti.

13. Jika boleh elakkan pemberian susu ibu perahan menggunakan botol kerana ia boleh menjejaskan penyusuan susu ibu. Cara bayi menghisap dari botol dan payu dara sangat berbeza!

14. Setiap cabaran penyusuan yang dihadapi pasti ada penyelesaian jika anda meminta bantuan segera daripada kaunselor atau
perunding laktasi bertauliah.

p/s: teks dipetik dr http://www.duniasusuibu.com

Wednesday, March 2, 2011

40 HARI

Finally, cukup sudah 40 hr berpantang. Tp nk tmbh lg 4 hr... walaupn dh abis pantang, x semestinya blh bedal sume mknn, blh wat kj kuat2 kn..kene pantang lg... bak kate kawan ina, pantang 40 hr untuk bb, 44 hr utk ibu, 100 hr utk abah bb... harussss. hahahaha. org pempuan ni kene la jg bdn pas bersalin, nnt laki cari lain. Eyshan pn dh semakin besau... kejap jek.. dh 40 hr dh anak ibu ni... muke pn dh lain. tiap hari berubah2 muke die..lg 2 minggu, dh kene msk kj. mls tul la...anyway, tahniah kpd diri aku sewndiri sbb berjaya abiskn pantang dgn jayanyer....

eyshan dh besa la ibu..